Ingatlah bahawa Allah lah yang menjadikan alam ini. Dia lah Tuhan yang sepatutnya disembah dan ditaati. Bahkan Dia lah jua Tuhan yang mentadbir alam ini dan seluruh isinya. Oleh kerana Allah yang menjadi pencipta kepada alam ini maka dia lah sahaja yang mengetahui undang-undang dan peraturan yang sesuai untuk di laksanakan guna untuk mengurus dan mentadbir seluruh makhluk yang ada di alam ini.
Seperti juga sesuatu alat yang dicipta mempunyai buku manualnya maka buku manual kepada alam ini adalah Al Quran. Mana-mana peraturan yang diambil dan diamalkan selain daripada al Quran pasti akan menemui kegagalan.
Hari ini manusia menghadapi pelbagai kepincangan hidup. Kita melihat mereka meraba-raba mencari bermacam-macam cara penyelesaian. Malangnya mereka tidak jujur dalam mencari penyelesaian kepada pelbagai masalah kehidupan. Mereka mencari cara yang mengikut hawa nafsu mereka. Mereka tidak bersedia untuk mengorbankan kepentingan peribadi dan kumpulan. Maka selama itu lah jua mereka akan menghadapi kegagalan.
Mari lah kita yakin dengan kehidupan di alam akhirat. Suatu kehidupan yang kekal abadi. Hidup di dunia ini hanyalah sementara waktu sahaja. Mari lah kita kembali kepada Islam yang sebenar. Islam yang isi intipatinya terkandung di dalam al Quran dan sunnah perjalanan hidup Rasulullah s.a.w. Umat Islam sekarang ini hanya beramal dengan sebahagian daripada al Quran dan meninggalkan sebahagian yang lain. Mereka menerima perintah solat, puasa, zakat, haji, nikah kahwin tetapi pada masa yang lain menolak perintah beramal dengan Islam dalam perkara yang berkait dengan politik, ekonomi, undang-undang jenayah, sosial dan lain-lain lagi. Bahkan hari ini mereka melakukan penipuan yang besar kepada umat Islam, apabila menggubal undang-undang dan mengishtiharkan itulah undang-undang Islam. Umpamanya hukuman kepada penzina . Undang yang ditetapkan ialah denda beberapa ribu, penjara dan enam kali sebatan. Undang-undang ini yang mereka isytiharkan sebagai undang-undang Islam sedangkan mengikut undang-undang Islam yang sebenar adalah bagi mereka yang belum berkahwin mesti disebat seratus kali sebatan manakala yang sudah berkahwin direjam sehingga mati. Maka di manakah kedudukan kita tatkala mengubah undang-undang Alllah itu? Apakah kita termasuk dalam golongan yang disebut oleh Allah s.w.t, sebagaimana dalam firmannya yang bermaksud:
" kecelakaan besar bagi orang yang menulis kitab(taurat)dengan tangan mereka( lalu mengubah kalam Allah dengan rekaan-rekaan mereka) kemudian mereka berkata:"ini ialah dari sisi Allah" supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkana apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu". al Baqarah:79
Saudara,
Mengapa kita tidak kembali kepada Islam yang sebenar? tidak cukupkah ruang masa pemerintahan yang begitu panjang yang Allah kurniaakan kepada kita umat Islam? Kalau lah kita termasuk ke dalam golongan yang Allah sebutkan di dalam ayat di atas iaitu dari mereka yang disumpah celaka oleh Allah taala maka bagaimanakah setiap langkah yang kita aturkan di dalam kehidupan ini boleh mencapai kejayaan! Perlu kita sedar bahawa Islam yang kita agungkan ini perlu dilaksanakan dalam seluruh aspek kehidupan. Bukannya secara sebahagian-sebahagian. Rukun iman yang enam itu wajib diimani kesemuanya. Temasuk di dalamnya beriman kepada kitab. Apakah maksud beriman? iaitu percaya dalam hati, mengaku dengan kata-kata dan amal dengan perbuatan. Mungkin ada yang bertanya, "belum Islam lagi ke kita hari ini? kan kita dah solat, puasa, zakat, haji, bina masjid dan sebagainya. Jawabnya Islam sebahagian-sebahagian. Apakah kita ingat solat, puasa, zakat haji itu sudah Allah terima Islam kita? Mungkin hadis ini boleh menjadi peringatan kepada kita:
"dari abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:segala amal akan datang pada hari kiamat(untuk memberi syafaat kepada yang mengerjakannya)diantaranya sembahyang datang lalu berkata: ya tuhanku!akulah sembahyang, Allah taala berfirman(kepadanya), tujuan engkau itu baik(tetapi engkau sahaja belum cukup) dan selepas itu datang pula sedekah, puasa dan amal-amal yang lain, semuanya itu Allah berfirman(kpd t iap-tiap satunya)tujuan engkau itu baik tetapi engkau sahaja belum cukup) kemudian datang pula Islam lalu berkata: ya tuhanku!engkaulah tuhan yang bernama al salam dan akulah Islam; maka Alllah taala berfirman (kepadanya): tujuan engkau itu baik, pada hari ini dengan engkaulah aku menerima dan dengan engkaulah jua aku memberi balasan " -al imam Ahmad-
Hadis di atas menyatakan bahawa semua amal kita hanya diterima dengan Islam. Apa maksud Islam? secara ringkasnya Islam ialah menerima secara sepenuh hati dan secara kesemuanya apa yang datang daripada Allah(al Quran) dan apa yang datang daripada Rasulullah s.a.w (sunah perjalanan hidup Baginda). Itulah dia Islam. Islam sebagaimana yang di praktikkan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail 'alaihima salam. iaitu sanggup melakukan apa sahaja sekalipun perintah memotong tengkuk anak sendiri. Saudara! hari ini Islam tidak menyuruh potong tengkuk anak tapi perintah supaya potong tangan si pencuri yang semakin bermaharajalela. Adakah kita ikut perintah itu? suruh kita sebab si peminum arak antara 40-80 kali, minta kita sebat 80 kali kepada orang yang menuduh orang lain berzina(termasuk juga liwat). Apakah kita ikut perintah semua itu? yang jelas hukum lain yang diamal mengambil tempat hukum Allah. Tidak kah tindakan sebegitu dikira merampas hak mutlak Allah dalam menentukan hukum? di manakah kedudukan tauhid rububiyyah kita?
Kesimpulannya hari ini kita belum Islam sepenuhya. Kita hanya beramal dengan apa yang kita percaya boleh menguntungkan kita. Ada pun apa yang menyentuh kepentingan peribadi dan kumpulan, kita tinggalkan. Marilah kita kembali kepada Islam yang sebenar. Sebenarnya kita sudah lama terasing dengan Islam yang tulen. Sengaja diasingkan oleh golongan penjajah sejak dulu lagi. Kerana apa? sebabnya mereka sudah khatam akan sejarah gemilangnya ketamadunan Islam dan mereka cukup fobia dengannya. Mereka mencari punca kekuatan umat Islam untuk mereka lemahkan. Mereka mendapati al Quran lah yang menjadi sumber kekuatan itu. Oleh itu langkah mereka ialah jauhkan umat Islam daripada al Quran dan hukum-hukumnya. Mereka tidak bimbang umat Islam membaca al Quran. Apa yang mereka bimbang ialah umat Islam beramal dengan hukum al Quran. Mari lah kita bersama-sama dengan mereka yang benar-benar ikhlas untuk melihat Islam berada pada tempat yang sebenarnya, supaya dengan itu kita menjadi umat yang mulia seperti mana ucapan Sayyidina Umar yang sangat mayhur :

نحن قوم أعزنا الله بالاسلام فمهما نبتغ العزة بغير ما اعزنا الله اذلنا الله
maksudnya: kita adalah satu kaum yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam, maka selama mana kita mencari kemuliaan dengan apa yang selain daripada yang Allah muliakan maka kita akan dihina oleh Allah.